mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Jul
26

Pengurusan Hutang Berteraskan Prinsip Maqasid Syariah

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hutang dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi Y telah menjadi satu gejala yang sangat membimbangkan. Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Darshan Singh Dhillion menyatakan situasi muflis dalam kalangan belia telah meningkat daripada 4,100 pada 2012 kepada 5,420 pada 2014, iaitu kenaikan sebanyak 34 peratus dalam masa tiga tahun sahaja. Malah jelasnya, Jabatan Insolvensi menunjukkan kadar 85 peratus kebankrapan adalah ekoran kegagalan golongan belia menguruskan kewangan mereka dengan betul.

Menurut Mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan pula, sejak 2010 hingga April 2015, statistik menunjukkan seramai 107,000 individu diisytihar muflis. Daripada jumlah itu, seramai 23,484 adalah golongan belia yang berusia antara 25 hingga 34 tahun. Tambah beliau lagi, seramai 1,469 belia di bawah umur 25 tahun turut muflis, manakala individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap iaitu seramai 37,888 orang (Utusan Malaysia, 26 Jun 2015) Read the rest of this entry »

Jul
26

Banteras Daesh Dari Akar Umbi

Keratan Utusan Malaysia semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, usaha bagi menyelesaikan masalah kumpulan pengganas Daesh mesti dilakukan di peringkat akar umbi dengan mengkaji semula sistem pendidikan agama di sesetengah institusi.

Perdana Menteri berkata, walaupun anggota pasukan keselamatan sememangnya sentiasa bertindak bagi mengekang kemaraan Daesh di negara ini, namun tindakan-tindakan tersebut sahaja tidak mencukupi bagi menjatuhkan kumpulan pengganas berkenaan.

“Punca utama masalah ini adalah ramai yang sudah terpengaruh dengan ideologi songsang Daesh yang jauh tersasar daripada apa yang diajarkan Rasulullah. Read the rest of this entry »

Jul
22

USUL – USUL DAN RESOLUSI HIMPUNAN AGAMAWAN KEBANGSAAN 2016

USUL KHAS

PERHIMPUNAN AGAMAWAN KEBANGSAAN

Kami, para agamawan yang bersidang dalam Perhimpunan Agamawan Kebangsaan pada 20.7.16 di Hotel Bangi- Putrajaya;

Menyedari adanya kegawatan yang boleh membantut kemajuan negara, akibat dari perpecahan ummah;

Telah mengambil keputusan  mengungkap kembali peranan dan tanggongjawab  kami sebagai pemangkin perpaduan ummah dan pembangunan negara. Read the rest of this entry »

Jul
19

GHAIRAH JADI JAGUH, LUPA ADAT MENEGUR PEMERINTAH

Islam menyaran umatnya menjauhi sikap khuruj iaitu melakukan pemberontakan, penderhakaan dan lain-lain cara penentangan dengan cara yang salah. Ini bermakna, sekiranya wujud kesilapan oleh pemerintah, kita tidak boleh sesuka hati menentang. Sebaliknya kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesilapan itu dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi yang dibenarkan agama.

Amalan itu adalah ajaran Rasulullah SAW. Bagaimanapun, ramai yang lupa apabila keghairahan dan ketaksuban menguasai diri hingga sanggup menderhaka kepada raja (pemerintah) yang sah dan dipilih oleh rakyat. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menghasut masyarakat membenci raja. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat Islam.   Read the rest of this entry »

Jul
18

SENARAI NAMA PESERTA UNTUK PERHIMPUNAN AGAMAWAN KEBANGSAAN

 Perhimpunan ini akan menbincang dan menumpukan isu-isu yang berkaitan dengan  persoalan dakwah dan Perpaduan yang merupakan satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam di negara ini kerana kekuatan-kekuatan yang lain seperti kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ketenteraan, ekonomi, politik dan lain-lain sudah roboh dan runtuh.

Kekuatan ukhwah Islamiah dan perpaduan inilah yang masih tinggal yang perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam. Sekiranya ikatan ukhwah Islamiah dan kekuatan perpaduan ini turut roboh maka tunggulah kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa umat Islam. Read the rest of this entry »

Jul
18

UMAT ISLAM BERPECAH ISLAM MAKIN LEMAH

DAKWAH Islamiyah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah SWT. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari berbagai-bagai pihak.Justeru atas permasalahan inilah pehak Majlis Dakwah Negara(MDN)-YADIM dengan kerjasama Jakim dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan Agamawan kebangsaan pada 20 Julai ini di Bangi.Putera Jaya bagi menbincang pelbagai persoalan yang bersekitar tentang masalah ini.

Namun keadaan tersebut tidaklah bererti bahawa ada kalanya dakwah tidak menghadapi apa-apa masalah. Jadi yang dimaksudkan dengan rintangan dakwah ialah masalah yang lahir disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu yang sepatutnya tidak ada. Perhimpunan besar-besaran ini dijangka dihadari seramai 500 perserta yang terdiri dari tokoh-tokoh ilmuanIslam dan Agamawan seluruh Negara. Read the rest of this entry »

Jul
11

Memahami Meraikan Aidilfitri

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.

Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah. Read the rest of this entry »

Jul
11

Hari Raya Antara Perasaan Sedih Dan Gembira

Hari Raya Aidilfitri tidak lain adalah juga hari kegembiraan. Hari pengisytiharan kemenangan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperolehi pahala yang besar di sisi Allah. Hari di mana orang mukmin memperoleh dua kegembiraan yang besar dan memberi kesan yang kuat dalam kehidupan mereka. Pertama, kegembiraan melaksanakan kewajipan mentaati perintah Allah dan kedua, kegembiraan akan memperoleh ganjaran yang besar.

Berhubung hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu memperoleh dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan menemui Tuhannya (andainya ajal sudah tiba) dalam keadaan berpuasa.” Read the rest of this entry »

Jul
11

Rumah Terbuka Suburkan Silaturrahim, Lambang Keindahan Agama Islam

Pemberian  potongan cukai pendapatan atas perbelanjaan mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan merupakan pendekatan terbaik dalam memupuk nilai-nilai penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Misalnya, sempena rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet yang diadakan pada hari pertama Aidilfitri dikunjungi hampir 100, 000 orang daripada pelbagai kaum termasuk pemimpin politik, rakyat biasa dan pelancong asing.

Bagi pelancong asing, konsep rumah terbuka yang diamalkan di negara ini adalah unik dan tidak pernah berlaku dalam persekitaran kepimpinan politik di negara mereka. Di Malaysia setiap kali rumah terbuka diadakan oleh pemimpin, kehadiran masyarakat melebihi jangkaan dan ini menjadikan amalan itu sebagai peluang untuk menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Read the rest of this entry »

Jun
24

Doa Baik Allah Makbulkan

SEORANG mursyid sufi kelahiran Iran yang bermastautin di Amerika Syarikat, Syeikh Fadhlala Haeri menulis “Hati ibarat sebuah kolam; hati memantulkan dengan baik jika berada dalam ketenangan, buruk jika ia berada dalam kekeruhan.”

Maknanya, kemampuan seseorang untuk memantulkan secara jernih kata-kata adalah lahir daripada ketenangan hatinya. (Membaca Alam, Memahami Zaman, Jakarta: 2004, hal. 81).

Melihat kepada lemparan kemarahan seorang ulama politik kepada seorang ulama lain yang menilai pembawaannya terseleweng daripada landasan Islam, mencerminkan kecaman itu adalah lahir dari hati yang tidak jernih. Read the rest of this entry »

Page 5 of 147« First...34567...102030...Last »