mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Aug
04

Jom hadir dan mendaftar sebagai peserta “Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda 2016*

Rentetan daripada Multaqa Perpaduan Ummah anjuran Majlis Dakwah Negara-YADIM pada 18 Mei 2016 yang lalu di ILIM maka satu lagi Multaqa Khas utk golongan muda akan diadakan.

Mohon dipanjangkan jemputan ini kepada individu2 yang berminat untuk menyertai *Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda 2016*anjuran MDN-YADIM dengan tema *”Belia Islam…10 Tahun Akan Datang*: Cabaran, Harapan dan Penyelesaiannya”. Read the rest of this entry »

Aug
03

HINDARI GELORA PREJUDIS

MANUSIA dijadikan sebagai makhluk yang berbeza meskipun dilahirkan dalam kalangan ibu bapa yang sama. Dua orang anak kembar sekalipun mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang hampir sama – tidak memiliki persamaan dalam emosi, akal fikiran dan tabiatnya. Inilah kebesaran Allah SWT sedangkan hasil ciptaan menurut piawaian tertentu mempunyai sifat yang manakala jika ia berbeza akan dianggap sebagai cacat (defect) atau rosak (reject).

Bagi Allah SWT, hakikat perbezaan itulah menjadi tanggungjawab kecerdikan akal untuk membolehkan nilai-nilai yang berbeza menjadi kekuatan apabila semuanya berada dalam satu ikatan kefahaman. Hakikat keyakinan antara manusia juga berbeza dan dengan sengaja Allah SWT menjadikan sedemikian rupa bagi menguji keintelektualan dan kekuatan iltizam manusia. Read the rest of this entry »

Aug
02

Perpecahan itu musibah

Para ahli di dunia telah menyimpulkan bahawa Indonesia termasuk dalam negara tertinggi yang terdedah kepada bencana. The black area disasters, wilayah tempat tumpuan pelbagai rupa bencana, meliputi banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, angin taufan, gunung berapi, kebakaran hutan dan lain-lain.

Walaupun demikian, bencana itu mutlak dalam kekuasaan Allah. Dialah yang menentukan kepada siapa bencana itu dijatuhkan, bila, di mana, dan apakah jenis bencana yang akan diturunkan? Namun, untuk berapa lama dan sampai sejauh mana kesannya bagi yang bersangkutan serta lingkungan sekitarnya dan seterusnya.

Setiap bencana, musibah dan bala yang datang merupakan isyarat, peringatan daripada Allah untuk menguji keimanan seseorang. Makin tinggi kualiti keimanan seseorang, maka makin tinggi pula ujian yang dihadapinya. Read the rest of this entry »

Aug
02

Berpolitik Tanpa Adab Jiwa kacau

MASYARAKAT Melayu yang diikat dengan nilai-nilai Islam sentiasa menjaga tutur kata, kerana mereka percaya dengan menggunakan bahasa yang baik akan membentuk masyarakat yang bermoral, beretika dan berakhlak mulia.

Mereka yang berakhlak mulia juga dikenali sebagai orang yang berbudi pekerti. Maka, susunan perkataan yang baik-baik telah memberikan sifat bangsa Melayu. Melayu itu, menurut Frank Sweethenham: Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka.

Oleh kerana sifatnya yang mementingkan adab, “Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasakan maruahnya dicemarkan sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia dihantui dengan niat menuntut bela. Read the rest of this entry »

Jul
28

Jangan Ketepikan Muamalat Kerana Ibadah

ISLAM adalah agama jemaah, agama untuk mendidik manusia hidup bermasyarakat bukan mengasingkan diri daripada berjuang dan berjihad mempertahankan agama dan bangsa. Islam adalah agama yang menekankan urusan muamalat (ertinya beramal, bertindak atau berinteraksi) sehinggakan ia dihargai lebih tinggi daripada urusan ibadah ritual (khusus).

Rasulullah s.a.w mengingatkan kita dalam satu kisah di mana seorang sahabat melewati sebuah lembah yang bermata air yang sangat jernih airnya sehingga mempesonanya. Lalu dia berfikir untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan ingin menghabiskan masa bagi beribadah di lembah itu. Dia kemudian memberitahu hasratnya kepada Rasulullah s.a.w. Maka jawab Rasulullah s.a.w. Read the rest of this entry »

Jul
28

JANGAN ABAIKAN PENYAKIT PERPECAHAN

Umat Islam lebih sibuk dengan amalan dan urusan ibadah semata-mata tetapi mengabaikan persoalan muamalah yang berkaitan dengan penyakit perpecahan dalam masyarakat akibat perbezaan fahaman politik atau penyakit kemiskinan dan kejahilan.

Sesungguhnya kedatangan agama Islam bukan sekadar untuk mengajar zikir dan doa tetapi untuk membebaskan manusia daripada segala penderitaan dan ancaman penyakit yang boleh memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri. Ancaman penyakit AIDS, dadah, keruntuhan akhlak merupakan penyakit sosial yang menjadi kewajipan umat Islam membanteraskannya.

Inilah tugas-tugas kemasyarakatan (muamalah) yang harus dipikul oleh sesiapa sahaja yang menggelar diri mereka Muslim sejati. Islam memandang tugas-tugas ini lebih tinggi dan mulia daripada ibadah-ibadah ritual (mahdhah). Read the rest of this entry »

Jul
28

JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG ZALIM

KITA amat dukacita akhir-akhir ini kalimat zalim amat rapuh dan mudah sekali  ditaburkan kepada orang ramai cuma bagi tujuan mencari pengaruh.

Paling dukacita, kalimat itu digunakan untuk menjejaskan golongan tertentu sebagai isu  politik pilihan raya semata-mata, kemudian dikaitkan sebagai hujah agama pula.  Seringkali manusia melihat kezaliman atau menilainya menurut kayu ukur yang ada  pada diri sendiri berpandukan nafsu semata-mata.

Apabila sesuatu hasrat dan cita-citanya gagal mencapai maksud yang dikehendaki  oleh kerana adanya sesuatu halangan, maka penghalang itu dianggap zalim, walaupun  berlakunya penghalangan itu kerana dirinya sendiri atau berpunca dari sebab sendiri. Read the rest of this entry »

Jul
26

PERANAN AGAMAWAN MENANGANI PERPECAHAN

Fenomena perpecahan umat Islam di negara ini ke belakangan ini semakin melarat ke semua lapisan masyarakat dan ke dalam bidang kehidupan. Sikap saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah dan percakaran sesama Islam semakin meningkat akibat pertembungan kuasa dan perbezaan pandangan keagamaan. Gejala negatif ini apabila tidak ditangani secara bijaksana dan dengan kadar segera, dikhuatirkan boleh menjurus kepada konflik secara terbuka yang kemudiannya akan mengakibatkan kepada runtuhnya negara.

Justeru, Perhimpunan Agamawan Kebangsaan yang berhimpun di bangi Putera Jaya dua hari yang lepas menyerukan kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia untuk menggalang persatuan dan perpaduan umat Islam serta mengelakkan perbalahan dan pertengkaran yang semakin genting. Read the rest of this entry »

Jul
26

Berbeza Pendapat Tetapi Kekalkan Perpaduan

MENGENAI penghargaan atas perbezaan pendapat, Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Perbezaan pendapat (di kalangan) umatku adalah rahmat.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). Justeru, tidak hairan dalam Islam ada beberapa mazhab dan aliran. Dalam fiqh ada beberapa mazhab yang paling tersohor iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hambali. Selain itu ada juga mazhab fiqh lain, meskipun tidak sebesar mazhab yang empat tersebut seperti Zahiri dan Jaafari. Islam bersikap toleransi dalam perbezaan pendapat sejauh ia tidak membawa perpecahan. Al-Quran mengingatkan, “Dan berpeganglah kami semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai….” (Surah al- Imran ayat 103).

Pada fukaha sepakat menyatakan bahawa fiqh merupakan hasil ijtihad mereka melalui metod berfikir tertentu. Kerana metod yang mereka gunakan berbeza-beza, maka hasilnya pun berbeza-beza. Setiap fukaha yang melakukan ijtihad akan mendapat pahala, baik hasil ijtihadnya benar ataupun keliru. Mereka berpegang pada prinsip ijtihad yang menyatakan bahawa apabila seorang hakim melakukan ijtihad dan hasil ijtihadnya itu benar, maka ia akan mendapat dua pahala, dan apabila hasil ijtihad itu keliru, maka ia akan mendapatkan satu pahala. Tidak seorang pun di antara mereka mengetahui apakah hasil ijtihadnya benar ataukah keliru. Mereka melakukan ijtihad agar tidak terjadi kekosongan hukum tentang suatu tindakan. Read the rest of this entry »

Jul
26

REMAJA DAKWAH

‘Dahulu’ dan ‘sekarang’ adalah dua era yang direnggangkan oleh satu tempoh yang agak lama, mungkin 10 tahun, atau 20 tahun, 50 tahun, dan mungkin beratus tahun. Dalam tulisan ini saya akan menggunakan era keremajaan saya pada tahun-tahun 1950an dan beberapa tahun selepasnya sebagai latar untuk melihat perbezaan yang mungkin ditemui.

Remaja pada tahun 1950an adalah remaja yang berdepan dengan semangat tanah air yang bergolak untuk mencapai kemerdekaan. Pada zaman itu jiwa berkobar untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan British. Bukannya kita benci kepada British tetapi kita mahu berdikari, mahu memerintah negeri sendiri.Kita mahu menjadi tuan dalam negeri sendiri. Read the rest of this entry »

Page 4 of 147« First...23456...102030...Last »