mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Feb
03

“Membuang busuk”, kukuhkan prinsip tanggungjawab bersama dalam bernegara.

Imam Al-Ghazali (1058-1111) mengingatkan legitimasi kuasa wajib dipertahankan selagi ketua negara melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, yakni menjaga kemaslahatan rakyat dan tidak menimbulkan kerosakan kepada rakyat. Oleh sebab pemimpin itu adalah manusia, kelemahan dan kekuranganya hendaklah ditegur dengan nasihat yang baik dan ulama berperanan besar melakukannya bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.

Seorang pemimpin atau ketua negara secara idealnya merupakan seorang yang berjiwa besar dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai tanggungjawab yang wajib dipenuhi sepanjang masa. Dalam hal ini, mandat yang telah diberikan oleh rakyat tidak boleh ditarik oleh pihak  tertentu kecualilah rakyat bersepakat untuk tidak mempercayainya.

Usaha menjatuhkan pemimpin dengan cara anarki adalah satu tindakan kejam kerana akhirnya musibah akan menjadikan rakyat berantakan dan negara huru-hara. Meskipun konsep pemerintahan yang dibahas oleh al-Ghazali lebih berbentuk teokrasi manakala Malaysia mengamalkan corak pemerintahan demokrasi, etika politik yang dicadangkan itu tetap relevan dengan apa yang sedang berlaku dalam politik negara. Read the rest of this entry »

Feb
03

Siapakah Imam Bukhari Sebenarnya?

Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran.Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Ju’fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari.

Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Ju’fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak. Read the rest of this entry »

Feb
03

WASPADA FAHAMAN ISLAM LIBERAL

KALANGAN Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.

Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi ‘pakaian’ dan ‘sajian’ harian hidup ummah kini. Read the rest of this entry »

Feb
03

Gerakan terancang hancur akidah umat Islam makin ketara

Dalam sejarah perkembangan Islam, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah ia terus menjadi agama yang paling ‘popular’ mengalami gangguan atau ‘serangan’ oleh pihak yang anti-Islam atau yang jahil ajaran dibawa Islam. Hari ini, gangguan dan serangan itu berlaku secara terbuka serta tidak berselindung lagi. Ada banyak faktor gangguan itu berlaku, namun yang paling jelas ialah bertujuan meruntuhkan akidah umat Islam dan seterusnya meruntuhkan terus Islam itu sendiri.
Fenomena yang berlaku ini menurut banyak cendekiawan Islam adalah sebagai satu proses terancang dan berterusan penghancuran akidah masyarakat Islam dan Islam itu sendiri. Proses penghancuran akidah ini berjalan seiring dengan peredaran zaman dan ada ketika ia lebih maju sehingga tidak sempat masyarakat Islam menyedarinya bagi mengawal serta membendungnya. Read the rest of this entry »

Feb
03

Sejarah Kelahiran Liberalisme

LIBERALISME
Secara etimologis berasal dari kata atau bahasa latin yang berati free selanjutnya liberal berati nonrestricted, tidak dibatasi atau independent in opinion; bebas dalam berpendapat.
Liberalisme atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan filsafat, dan tradisi politik yang didasarkan pada pemahaman bahwa kebebasan adalah nilai politik yang utama. Secara umum, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berpikir bagi para individu. Paham liberalisme menolak adanya pembatasan, khususnya dari pemerintah dan agama. Liberalisme menghendaki adanya, pertukaran gagasan yang bebas, ekonomi pasar yang mendukung usaha pribadi (private enterprise) yang relatif bebas, dan suatu sistem pemerintahan yang transparan, dan menolak adanya pembatasan terhadap pemilikan individu. Read the rest of this entry »

Feb
02

Islam Liberal : Di Antara Ciri-Ciri Golongannya …bahagian 2

Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama

  • Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri. Roh Islam itu tidak ada pada mereka. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja. Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik,mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan ‘keIslaman’ mereka. Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam.Jika orang-orang kafir menghina Islam,mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam.Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam,mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi, berseminar ataupun menulis artikel-artikel di media-media cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka.Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka.Yang ada hanya sekular, materialisme, modenisasi, pembaharuan, liberal, demokrasi, kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi ‘hukum agama’ paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu. Sama ada Islam dihina ,dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis. Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam. Read the rest of this entry »

Feb
02

Islam Liberal : Di Antara Ciri-Ciri Golongannya …Bahagian 1

Cuba Mengubah Syariat :

  • Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan, yang mana satu hukum manusia. Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya. Read the rest of this entry »

Feb
02

Perihal Munafik Yang Bermegah Dengan Islam

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.”
(al-Baqarah: 17)

Perumpamaan (mathal) dibaca dengan ‘mathal’ atau ‘mithil’.

Syeikh al-Mawardi berkata, ‘mathal’ digunakan pada perumpamaan-perumpamaan yang dibandingkan sedangkan ‘mithil’ digunakan pada sesuatu yang dibandingkan dengan yang lain pada kesamaan. Read the rest of this entry »

Feb
02

Apabila Janji Dimungkiri

Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya Jami’ al-Bayan berkata: “Ayat 65-66 Surah al-Baqarah dan ayat-ayat selepasnya menyebut, daripada apa yang Allah firmankan dan kelebihan serta kurniaan terhadap Bani Israel, yang mana mereka ketika bersama orang-orang Ansar pada zaman Nabi s.a.w, di mana mereka disebut pada awal surah ini dengan sikap pembohongan dan mungkir janji nenek moyang mereka terhadap perjanjian Allah yang mereka sendiri menetapkan tali perjanjian tersebut.”

Justeru, Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada mereka dengannya supaya jangan jadi seperti nenek moyang mereka dengan mengekali kekufuran di samping mengambil sikap menentang kenabian Muhammad s.a.w dan mengingkarinya. Begitu juga mereka meninggalkan untuk mengikut Nabi s.a.w, apatah lagi membenarkannya dengan apa yang dibawa kepada mereka daripada Tuhannya. Justeru, layaklah nenek moyang mereka yang terdahulu dikenakan balasan dan berhak mendapat kemurkaan Allah. Read the rest of this entry »

Feb
02

MENGEJAR JALAN PINTAS KE SYURGA

KENYATAAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa gerakan militan di negara ini bertindak atas ‘ijtihad’ secara persendirian menjadi petunjuk penting bahawa gerakan itu menyimpang daripada asas dan syarat-syarat pelaksanaan jihad yang digariskan ajaran Islam.

Cubaan puak pelampau ini untuk memperoleh ‘syurga’ secara pintas dan pantas menerusi ‘imaginasi’ jihad di negara bergolak seperti Syria semakin terserlah tembe­langnya dengan pendedahan bahawa orang terbabit mengalami masalah peribadi secara kronik seperti pengangguran, pengasingan secara sosial dan psikologi serta ‘terlebih’ semangat menghayati Islam setelah sekian lama terperangkap dalam telaga dosa di masa lalu.

Mereka yakin dengan menjadi martyrdom dan pahlawan di medan jihad yang mereka pilih, segala pembangkangan dan penyelewengan mereka terhadap Tuhan di masa lampau telah ‘dibasuh’ sekali gus memegang boarding pass ke syurga sebagaimana dijanjikan oleh pimpinan spiritual mereka. Read the rest of this entry »

Page 30 of 147« First...1020...2829303132...405060...Last »