mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Mar
16

Fenomena Alam Atau Tangan Manusia?

Mutakhir ini terlalu banyak peristiwa dan kejadian bencana berlaku di sana sini. Ia mengingatkan kita musibah sama ada disebabkan fenomena alam atau tangan-tangan manusia yang menjadi penyebabnya. Begitu juga adakah ia sebagai ujian daripada Yang Maha Esa atau sebagai musibah. Pada ruangan kali ini penulis ingin melihat tafsiran ayat 155-157 daripada surah al-Baqarah mengikut neraca para ulama.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Read the rest of this entry »

Mar
16

Al-Quran bukan sekadar perlu dibaca

SETIAP 17 Ramadan kita sentiasa memperingati peristiwa Nuzul Quran atau turunnya al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat paling agung Nabi Muhammad SAW. Proses turunnya al-Quran yang mengambil masa 22 tahun dua bulan dan 22 hari memberi pengajaran penting kepada kita bahawa Allah tidak serta-merta menerapkan syariah kepada umat Islam.

Turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat ini tersirat dua makna watak al-Quran. Pertama, bermakna naqliah (transendental). Ia bermakna, turunnya al-Quran merupakan manifestasi kepada kuasa nilai-nilai Illahiah yang tak terjangkau oleh akal manusia. Ini bermakna, al-Quran sama ada dalam bentuk, isi atau segala keistimewaannya tidak akan pernah dapat ditandingi oleh kemampuan akal dan pemikiran manusia. Read the rest of this entry »

Mar
16

AJARAN MILLAH IBRAHIM @ ABRAHAM

LATAR BELAKANG

Ajaran sesat Millah Ibrahim @ Abraham adalah antara ajaran sesat yang sedang berkembang di rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia.  Ajaran ini berasal dari Bogor, Indonesia dan diasaskan oleh seorang lelaki yang bernama Ahmad Musaddeq.  Ahmad Musaddeq ini telah mengaku sebagai rasul yang dibangkitkan untuk memperbaharui ajaran dan membentuk kerajaan Islam yang sebenar.  Mereka mendakwa, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah berakhir sejak kejatuhan Islam pada tahun 1324H.  Ajaran Islam yang ada pada hari ini adalah palsu dan ulama-ulama serta umat Islam yang beramal dengannya digolongkan sebagai kaum musyrikin. Read the rest of this entry »

Mar
15

Positif, sebagai Karakter Berpengaruh

Karakter atau sikap kita adalah pilihan kita sendiri. Sebab kita yang memilih, maka hasilnya akan diperolehi berasaskan apa yang kita pilih itu. Jika positif yang kita pilih maka positiflah hasil yang akan datang dan begitulah sebaliknya.Justeru, mengetahui bahawa kita mempunyai karakter yang tidak baik sebenarnya menjadi permulaan terhadap sebuah perubahan, kerana dengan pengetahuan itulah kita akan mula bergerak untuk mengubahnya kepada karakter yang baik.

Bertanggungjawab terhadap sikap sendiri

Orang lain tidak menentukan sikap kita, kerana hakikatnya kita yang menentukannya sendiri. Ketika seseorang datang kepada anda dan bertanya kenapa anda tidak gembira, maka selalunya jawapan yang diberikan adalah disebabkan orang lain yang menjadi puncanya. Kawan, majikan, suami, isteri, ibu, ayah, semuanya menjadi penyebab yang boleh dipersalahkan kerana kegembiraan yang diharapkan tidak berjaya dimiliki. Read the rest of this entry »

Mar
15

ISLAMIC STATE SANGAT BAHAYA

IS/ISIS telah memulakan strategi kempen besar-besaran ke seluruh dunia untuk menarik perhatian massa untuk menyertai perjuangannya. Kesannya dalam tempoh satu tahun, ia berjaya meraih simpati umat Islam dari beberapa negara. Pada 21 September 2014, IS/ISIS telah meminta penyokongnya di seluruh dunia untuk membunuh setiap warganegara Barat terutamanya rakyat Perancis dan Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap kempen memerangi IS/ISIS. Mereka meminta agar setiap Muslim bertindak mengikut kemampuan masing-masing. IS/ISIS telah mencadangkan beberapa kaedah untuk menyerang orang Amerika dan Perancis, antaranya:

  1. Gunakan bom atau pistol
  2. Serang mereka dengan hentakan batu
  3. Sembelih mereka dengan pisau
  4. Langgar dengan kereta
  5. Tolak mereka dari atas tebing yang tinggi
  6. Cekik dan
  7. Suntik dengan racun

 Kata jurucakap IS/ISIS lagi, jika tidak mampu, bakar rumah mereka, kereta, perniagaan atau kebun mereka. Jika tidak mampu juga, ludah muka mereka. Jika seseorang tidak mampu melakukan perkara ini sedangkan saudara Muslim yang lain dibom dan dibunuh manakala nyawa dan harta benda mereka dimusnahkan di mana-mana, maka seseorang perlu memeriksa semula imannya.Inilah penyelewengan perjuangan oleh IS/ISIS. Read the rest of this entry »

Mar
15

Musibah: Cinta Dunia dan Takut Mati

Firman Allah swt dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23 yang bermaksud:

”Tidak ada suatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamudiberitahutentangitu) supaya kamu tidak bersedih hatiakanapa yang telahluputdaripadakamu, dantidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) denganapa yang diberikan kepadakamu. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada orang yang sombongdantakbur, lagimembanggakandiri.”

              Musibah berasal daripada Allah swt dan tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun dan tidak juga membeza-bezakan manusia. Musibah boleh datang menimpa semua orang, mukmin atau kafir, kaya atau miskin, yang berbeza adalah sikap manusia dalam menghadapi musibah yang datang.Seperti contoh orang-orang yang beriman akan menghadapi musibah sebagai salah satu ujian untuk meningkatkan keimanan kepada Allah swt manakala orang-orang yang sentiasaberadadalam kemaksiatan akan menanggap musibah tersebut sebagai malapetaka yang tidak memberikan apa-apa keuntungan melainkan hanyalah kemusnahan semata-mata. Read the rest of this entry »

Mar
15

ISLAM LIBERAL ATAU PELAMPAU LIBERAL?

Sayyidina Ali dalam kitabnya Huliyatul Awliya’ berkata: “Ilmu memeliharamu, sedangkan harta, kamu yang memeliharanya”, riwayat Abu Hafis an-Nuaim. Kata-kata ini bertepatan dengan situasi semasa hari ini yang menyaksikan segelintir golongan minoriti Islam yang berkedudukan dan menggelar diri intelektual Muslim tidak dapat memelihara diri daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang membahayakan akidah dan keimanan mereka.  Hal ini terjadi akibat kesilapan dalam mengambil ilmu tentang Islam, mempelajari Islam daripada orientalis Barat yang dipengaruhi oleh falsafah Barat.

 Benarlah seperti pesanan Ibnu Sirin: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.  Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ahli kebenaran yang menyeru ke arah saksama dan adil.  Sesungguhnya wasatiyyah Islam dan toleransinya tidak diambil daripada pendapat orang ramai dan hawa nafsu mereka.  Sebaliknya, ia diambil daripada nas-nas syarak.  Sedangkan golongan liberal bergantung semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan dunia.  Maka tidak hairanlah jika kedengaran suara-suara sumbang menjadikan doktrin kebebasan hak asasi manusia sebagai ideolog (human rightism) untuk mengukur atau menilai kebenaran sekalipun bersalahan dengan rujukan autoriti dan sumber hukum yang disepakati alim ulama. Read the rest of this entry »

Mar
14

Banyak gempa tanda hampir kiamat

SEDAR atau tidak, dalam tempoh seminggu pertama bulan Mac, negara merasai tujuh gegaran akibat gempa bumi yang berlaku. Kebanyakannya berlaku di Suma­tera, Indonesia dan Laut Bismarck, 204 kilometer barat daya Kavieng, Papua New Guinea. Kejadian-kejadian tersebut berlaku antara tarikh 1 hingga 5 Mac.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, satu daripada gempa bumi itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lalu. Bagaimanapun, gempa yang berlaku pada 5.04 petang itu berskala lemah iaitu 3.5 pada skala Richter. Daripada enam gegaran, gempa bumi yang berlaku di Barat Daya Sumatera pada 2 Mac 2016 adalah yang terkuat dirasai apabila mencatatkan bacaan 7.9 skala Richter. Gegarannya turut dirasai oleh mereka yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johor. Read the rest of this entry »

Mar
14

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

Harus diingat, kita sudah pun ’embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. Read the rest of this entry »

Mar
14

Impak Negatif Islam liberal Terhadap Pengkajian Hukum …bahagian 2

Manhaj Islam Liberal:

Hakikatnya cara berfikir dan manhaj Islam Liberal ini banyak terpengaruh dengan ‘trend’ pemikiran golongan orientalis. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka adalah proksi-proksi orientalis di dalam dunia Islam. Antara manhaj golongan Islam Liberal ini adalah;

a) Manhaj Islam Liberal terhadap agama Islam.

Bagi mereka Islam adalah agama yang benar. Namun pada masa yang sama, mereka berpendapat agama lain juga adalah benar. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan agama, semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada kebaikan adalah sama-sama benar (manhaj pluralisme). Tujuan mereka supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan masa sepenuhnya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja. Manhaj kesamarataan antara agama atau pluralism merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Read the rest of this entry »

Page 20 of 147« First...10...1819202122...304050...Last »