mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Apr
29

WASATIYYAH UMNO MAKMURKAN NEGARA 2

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Read the rest of this entry »

Apr
29

Amalkan kesederhanaan berimbang

SEBAGAI sebuah agama yang sempurna dan syumul, Islam telah mengutarakan beberapa asas bagi menjaga perpaduan dan mewujudkan persefahaman antara agama dan budaya yang berbeza.

Antara yang dituntut oleh Islam adalah amalan kesederhanaan di dalam pelbagai aspek kehidupan; daripada kefahaman keagamaan, hinggalah kepada hubungan individu dengan masyarakat sekitarnya, serta aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara dan hubungan antarabangsa.

Read the rest of this entry »

Mar
14

Konsep Wasatiyyah Terus Diperjuang

Perdana Menteri semalam tetap memberikan jaminan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang mampu menyelesaikan masalah keamanan sejagat.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, konsep wasatiyyah juga sesuai dengan pendekatan untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu.


“Apabila kita meluahkan konsep itu dan berhasrat menjadikan ia sebahagian daripada Gerakan Kesederhanaan Global, dunia melihat kita mungkin antara satu atau dua negara yang layak memperjuangkan konsep itu di peringkat seantero dunia. Read the rest of this entry »

Mar
02

Berlebih lebihan dalam agama

Islam adalah agama yang mempunyai sifat wasathiyyah (pertengahan) dalam semua ajaran baik akidah, ibadah atau akhlak. Sikap pertengahan inilah yang menjadi ciri utama yang membezakan agama Islam dengan agama-agama lain. Contohnya agama Nasrani atau Yahudi yang lebih mengutamakan kehidupan dunia atau kerohanian sahaja. Sikap pertengahan merupakan keistimewaan Islam kerana sikap ini menjadi ciri khusus umat Islam. Read the rest of this entry »

Mar
01

Wasatiyyah Juara Transformasi Ummah

Ketika pemimpin-pemimpin negara mulai melaungkan pendekatan wasatiyyah didalam pembaikan pulih nilai-nilai kemanusian yang ada pada masyarakat. Wasatiyyah adalah satu teknik ataupun  yang diajarkan dalam alquran yang paling mampu untuk mengimbangi keadaan karat-karat jahiliyyah yang menular dalam masyarakat pada masa ini. Tugas sebagai khalifah di muka bumi ini terpikul dan digalas pada setiap insan dimuka bumi ini. Sekecil-kecil tugas ini wujud pada bahu seorang ketua keluarga yang tidak mengira jantina. Jika rezeki dan tuah menyebelahi kita maka tanggungjawab untuk menjadi peminpin dalam kategori yang lebih besar dan tanggungjawab yang lebih sekiranya terpilih untuk menjadi anggota pentadbiran negara. Memang tidak dinafikan dengan tidak mengambil kira apa juga fahaman dan pandangan politik serta agama, ketamakan pada harta(material) dan juga kuasa (Pangkat) adalah menjadi faktor pada kehancuran sesuatu masyarakat. Sejarah Islam sendiri telah menunjukkan pada kita betapa ketamakan dan kerakusan ini menghancurkan segala keamanan dan kebahagiaan yang pernah dibina ratusan tahun. Read the rest of this entry »

Page 147 of 147« First...102030...143144145146147