mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

May
16

Dunia Dikelek Akhirat Dijunjung

Apabila melihat seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan kejayaan yang luar biasa, sedangkan kita tidak boleh malah tidak mampu melakukannya, kita tidak boleh menyalahkan Allah SWT yang menentukan takdir kita. Sememangnya setiap manusia mempunyai perjalanan kehidupan dan takdirnya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan sebagai insan yang beriman kita wajib meyakini akan ketetapan qadak dan qadar daripada-Nya. Namun begitu, Allah juga menyuruh kita hamba-Nya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya, mengharapkan Allah SWT sentiasa mengurniakan takdir yang baik-baik untuk kehidupan. Read the rest of this entry »

May
13

Jalan Yang Betul

AL-QURAN telah menyebut lebih awal mengenai manusia sebelum makhluk itu diciptakan Allah. Dalam surah al-Baqarah ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Read the rest of this entry »

May
12

Peri Pentingnya Mentaati Umarak

SUDAH sewajarnya seseorang Muslim perlu mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan agama, para ulama bersepakat akan kewajipan taat kepada penguasa yang ada, baik bagi seorang imam (pemimpin) yang berkuasa terhadap seluruh negeri bagi kaum Muslimin atau ramai pemimpin yang menguasai negeri-negeri tertentu.

Dalam konteks sesebuah negara yang stabil, maka setiap orang yang berada di bawah kekuasaannya adalah wajib meyakini bahawa penguasa (pemerintah) berhak dibaiat oleh mereka. Ini merupakan kewajipan syariat. Orang yang tidak meyakini kewajipan baiat kepada penguasa di negerinya yang menjadi kewajipannya ia terancam dengan ancaman yang keras. Berhubung perkara ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa melepaskan ketaatan (daripada penguasa), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barangsiapa meninggal tanpa ikatan baiat, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah (riwayat Muslim). Read the rest of this entry »

May
12

Pemimpin Dilantik Untuk Diteladani

CBpjss4VIAAG21DAL-QURAN dan al-Sunah telah menetapkan beberapa ciri-ciri penting sebagai asas untuk kita memilih pemimpin yang baik dan yang layak dicontohi.

Antara lain contoh kepimpinan yang paling baik disisi agama Islam ialah kepimpinan para rasul, nabi dan khulafa al-Rasyidin. Inilah yang dikatakan pemimpin yang meletakkan akhlak, amanah, takwa serta keimanan sebagai asas penting dalam menentukan corak kepimpinan. Namun hakikatnya hari ini pemimpin dipilih bukan berasaskan kepada keimanan dan ketakwaan tetapi berasaskan kepada janji-janji kebendaan seperti harta, pangkat, wang dan lain-lain lagi. Read the rest of this entry »

May
10

ADA JALAN PENYELESAIAN PERPECAHAN ATAS KEJAHILAN UMAT

PERMUSUHAN selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.

Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk termasuk melibatkan pembunuhan dan pelbagai bentuk kezaliman. Read the rest of this entry »

May
10

Budaya Asabiah Dan Pengkhianat Agama

MEMERHATIKAN gelagat politik mutakhir, ada semacam paradoks sedang berlaku dalam masyarakat.

Satu pihak sedang mempertimbangkan nilai-nilai moral dan etika bermasyarakat manakala satu lagi mempersoalkan kewajaran bayangan keputusan yang dicipta berdasarkan keresahan peribadi.

Jiwa anarkis dan penyemarakan sikap antagonis itu merupakan suatu bentuk pengkhianatan kerana melupakan bahawa bentuk kesalahan yang bakal diputuskan itu adalah bersifat peribadi dan bukannya berkaitan dengan politik. Read the rest of this entry »

May
09

MULTAQA PERPADUAN UMMAH ANJURAN MAJLIS DAKWAH NEGARA – YADIM

IMG-20160509-WA00271.Satu persidangan yang dinamakan sebagai “Multaqa Perpaduan Ummah” akan diadakan pada 18 Mei ini bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Ia merupakan satu persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM dengan kerjasama Wacana Ilmuan Malaysia (WIM), iaitu satu rangkaian group Online, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan (MAPIK). Read the rest of this entry »

May
06

Perpecahan Bukan Takdir?

Hujatul Islam Imam Al-Ghazali menegaskan, “Bersatulah seperti dua tangan ini. Jangan bercerai seperti dua telinga ini. Ketika tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang. Ketika tangan kiri ke depan, tangan kanan ke belakang. Akhirnya kita selesa jalan berlenggang. Tapi kalau kedua-duanya ke depan..atau kedua-duanya ke belakang…?

Ilustrasi tersebut menggambarkan betapa pentingnya menjaga persaudaraan dan memupuk perpaduan  di antara kita kerana perbezaan yang muncul daripada keragaman (pemikiran, ideologi, dan sebagainya), tidak mustahil menjadi peledak lahirnya fanatisme buta, persaingan tidak sihat, perselisihan, kutuk mengutuk dan perpecahan yang berupaya meluluhlantakkan nilai – nilai kebersamaan, merapuhkan persaudaraan dan tidak mustahil pula membawa derita dan kehancuran ummah dan bangsa kita.

Kita sebenarnya menyedari hakikat bahawa umat Islam sedang menghadapi fasa perpecahan dan perbalahan yang kritikal. Perpecahan ini jika dibiarkan berterusan hanya akan merugikan umat Islam itu sendiri. Read the rest of this entry »

May
06

Persaudaraan Atasi Batas Politik

KINI kita dihadapkan dengan isu yang dikaitkan dengan ‘perpecahan’ orang Melayu. Di mana-mana sahaja, isu ini dibahas, diperdebat, dan ditafsir dari pelbagai sudut.

Dalam situasi sekarang, kedua-dua parti teras orang Melayu-Islam iaitu UMNO, Keadilan dan Pas juga sedang menghadapi masalah yang sama akibat tafsiran-tafsiran berbeza tentang agama Islam itu sendiri.

Justeru, cadangan para cendekiawan Melayu-Islam agar UMNO dan Pas bersatu harus dilihat secara positif oleh kedua-dua parti yang mewakili umat Islam di Malaysia. Read the rest of this entry »

May
05

Nikmat Persaudaraan

DALAM usaha memantapkan ukhuwah, al-Quran menjelaskan bahawa perbezaan itu berlaku dalam kehidupan ini. Segala perbezaan tersebut merupakan kehendak Ilahi, juga demi kelestarian hidup, sekali gus demi mencapai tujuan kehidupan makhluk di pentas bumi ini.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan. Seandainya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Allah hendak menguji kamu mengenai pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.” (Al-Maidah: 48)

Seandainya Tuhan menghendaki kesatuan pendapat, nescaya diciptakan-Nya manusia tanpa akal budi seperti haiwan, atau benda-benda tidak bernyawa yang tidak memiliki kemampuan memilih, kerana hanya dengan demikian seluruhnya akan menjadi satu pendapat. Read the rest of this entry »

Page 10 of 147« First...89101112...203040...Last »