majlis dakwah negara, mdn, mdn.org.my

Latar Belakang

PENGENALAN

Majlis Dakwah Negara ( MDN) ialah badan khas yang bernaung dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dibawah Lembaga Pemegang Amanah YADIM dan ditubuhkan pada Oktober 2013.

CITA – CITA

MDN bercita – cita sebagai sebuah wadah yang dapat menggembeleng seluruh ruang dan potensi dakwah yang dimiliki oleh umat islam secara tersusun dan terencana menerusi budaya kerja bermusyuwarah dan praktikal demi megukuhkan kedudukan agama dalam negara serta membina  kehidupan ummah yang sejahtera berpandukan prinsip dan nilai – nilai ajaran islam yang luhur, murni dan sejagat.

PERANAN

Peranan MDN ialah mendokong dan merealisasikan misi YADIM dalam memperkasakan dakwah di Malaysia terutamanya aspek penyelarasan dakwah sebagaimana yang digariskan didalam pelan strategik YADIM 2011-2016.

1. Memperkukuhkan rangkaian dakwah dalam dan luar negara YADIM sebagai penggerak kepada agensi, badan, persatuan dakwah yang lain serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk sama –sama menggembeleng tenaga bagi mewujudkan dan memperkukuhkan hubungan dakwah di dalam dan juga di luar negara.


FOKUS KERJA DAKWAH

  • Perpaduan Ummah

Memupuk semangat persaudaraan Islam dan mengukuhkan ikatan kesatuan di kalangan umat Islam sebagai asas bagi mencapai kemajuan dakwah dan mengikat martabat ummah.

  • Penyelarasan Dakwah

Menggembeleng potensi dan ruang dakwah dari sumber dan peranan pelbagai di kalangan umat islam kea rah merealisasikan misi dan agenda dakwah yang disepakati.


PENDEKATAN KERJA

1. Mengenal pasti isu – isu dakwah masa kini yang perlu diberikan perhatian dan tindakan.

2. Pembentukan kumpulan penyelarasan kerja bagi melaksanakan tindakan dakwah yang telah dikenalpasti.

3. Pelaksanaan tindakan dakwah yang dikenal pasti dalam bentuk aktiviti secara berkala dan terancang sehingga mencapai tujuan terakhir yang telah digariskan bersama.