«

Nov
21

SEJARAH : PENUBUHAN DEWAN DAKWAH MAJLIS DAKWAH NEGARA PADA 21.11.2016

IMG-20161121-WA0026Jawatan merupakan sebahagian amanah yang perlu diberi kepada orang yang sesuai dan berkeupayaan menjalaninya. Pemimpin yang mementingkan diri sendiri tidak ada dalam kamus kelayakan untuk dipilih sebagai pemimpin. Kepimpinan sebenarnya adalah amanah, bukan kekuasaan. Kepimpinan adalah tugas dan tanggungjawab, bukan keistimewaan.

Di dalam al-Quran, ada perintah menunaikan amanah kepada pemiliknya dan disusuli dengan perintah menetapkan keputusan yang adil. Kemudian dilanjutkan dengan perintah taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah (ulil amri), yakni mereka yang memiliki autoriti mengurus segala hal ehwal rakyat (al-Nisaa’: 48). Urutan huraian ayat ini menjadi petunjuk bahawa jawatan serta autoriti yang menyertainya merupakan amanah yang bersumber daripada Allah, menerusi penglibatan orang ramai dan masyarakat.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu. Seorang pemimpin (ketua) yang memimpin orang ramai adalah bertanggung jawab di atas kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga suaminya. Anak bertanggungjawab ke atas urusan ibu bapanya. Hamba bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas kepemimpinan kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syukur kepada Allah kerana pada hari ini Majlis Dakwah Negara (MDN) seklai lagi melakarkan sejarah dengan menubuhkan Dewan Dakwah pada 21.11.2016. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MDN Prof.Dato’ Paduka Zakaria Stapa secara rasminya mengiktiraf kewujudan Dewan Dakwah ini yang akan bergerak dengan secara teratur dan berstrategik. Perpaduan Ummah menjadi acuan dan teras kepada segala program yang akan dirancang selepas ini.

Keputusan Pemilihan dan Perlantikan Ketua dan Timbalan Ketua Kumpulan – Kumpulan  Kerja Dewan Dakwah:

 1. Kumpulan Kerja Penyelarasan Dan Pembangunan logistik

Ketua:  Ust Hj Mohd Ajib bin Ismail

Tim.Ketua: Ust Zainal Abidin

Fungsi :

Menumpukan kepada kerja perhubungan antara agensi berkaitan dakwah samada merupakan badan kerajaan, pertubuhan masyarakat madani atau orang perseorangan bagi mengadakan kerjasama bijak atau smart partnership dalam berbagai bidang.

 

2. Kumpulan Kerja Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia

Ketua:  Prof.Dato Dr. Ariff Osman

Tim. Ketua: Tn Hj Shukor Ismail

Fungsi :

Menumpukan kepada kerja latihan dan perkaderan para pendakwah dalam berbagai bidang dan kemahiran dengan menghunakan sumber manusia sedia ada dalam semua institusi seperti di atas yang sudah berada dalam rangkaian atau net working yang telah dibangunkan itu.

 

3. Kumpulan Kerja Pembangunan media dan alat komunikasi

Ketua: Ust Ahmad Shazili Abdullah

Tim.Ketua:  Syed Abd Kadir AlJoofre

Fungsi:

Menumpukan kepada usaha membangunkan media dan alat komunikasi dakwah baik yang bersifat online atau sebaliknya. Ia akan melibatkan penggunaan komputer, tv, radio, majalah , bulletin, dan sebagainya  serta juga alat komunikasi lain seperti video korperat dan alat pengiklanan yang bertaraf semasa.

 

4. Kumpulan Kerja Pembangunan akidah

Ketua:  Dr. Saupi Man

Tim.Ketua: Dr.Mohammad Nizam Abd Kadir

Fungsi :

Menggerakkan usaha dakwah kepada berbagai kumpulan sasar samada masyarakat bukan islam atau masyarakat islam senditi yang mengalami masalah akidah dan memerlukan langkah pemulihan seperti kumpulan ajaran sesat dan mereka yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

 

5. Kumpulan Kerja Pembangunan sosial

Ketua:  Ust M.Hasnol Abu Bakar

Tim.Ketua: Ust Mohd Zainuddin Abu Bakar

Fungsi :

Menumpukan kepada masyarakat islam sendiri yang memerlukan bimbingan dalam kehidupan beragama dan kehidupan harian mereka seperti  Unmarried Mother, Mat Rempit, LGBT, penyalahguna dadah dan sebagainya.

Semoga dengan penubuhan Dewan Dakwah ini akan berjaya melaksanakan agenda perpaduan Ummah yang sememangnya sangat penting pada masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>