mdn, majlis dakwah negara, mdn.org.my

Sep
28

HUBUNGAN ANTARA ULAMA DAN UMARA DALAM MEMBANGUN UMMAH: SOROTAN PANDANGAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Image result for sultan tanah melayu

SECARA umumnya Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah bukanlah suatu kumpulan yang rasmi. Sebaliknya mereka adalah golongan majoriti umat Islam yang tidak menggelar diri mereka sendiri dengan apa-apa nama khas. Dengan kata lain, mereka adalah golongan sederhana yang menjadi tulang belakang ummah sewaktu terdapat pelbagai golongan ekstremis menonjolkan diri masing-masing dengan nama dan jolokan yang tersendiri, seperti Syiah, Muktazilah, Jabariyah, Qadariyah dan sebagainya.

Di bidang ilmu, golongan sederhana seperti ini dikenali sebagai Jumhur Ulama. Maksud nya majoriti para ulama yang tidak menggunakan nama atau gelaran tertentu sepertimana yang disebut di atas. Sebaliknya merupakan kesinambungan kepada keilmuan para sahabat dan tabiin yang diwarisi dari zaman ke zaman dalam sifat yang cukup konservatif (Abu Zahrah). Read the rest of this entry »

Sep
26

Kenapa Dunia Muslim Mundur?

Image result for insan soleh

Setiap peradaban melahirkan karya besar. Peradaban Islam telah melahirkan banyak ilmuan yang berkaliber dunia sejak abad ke-9 hingga abad ke-20. Mereka meneliti dan berusaha menjelaskan alam semesta, mulai dari galaksi yang sangat jauh hingga hal-hal yang terdekat dengan kehidupan mereka.

Pada abad ke-6 hingga abad ke-14, peradaban Islam menghasilkan banyak karya ilmiah di bidang sains dan teknologi. Untuk menggambarkan kegemilangan itu, seorang sejarawan sains terkemuka, George Sarton, menulis dalam jilid pertama bukunya yang terkenal di bidang ini Introduction to the history of Science.

“Cukuplah kita menyebut nama-nama besar yang tidak dapat ditandingi pada masa itu oleh seorang pun di barat: Jabir bin Hayyan, al-kindi, al-khawarizmi, al-fargani, ar-Razi, Sabit bin Qurra, al-Battani, al-Farabi, Ibrahim bin Sinan, al-Mas‘udi, at-Tabari, Abu al-Wafa, Ali bin Abbas, Abul Qasim, Ibnu al-Jazzar, al- Biruni, Ibnu Sina, Ibnu Yunus, al-kashi, Ibnu Haitam, Ali bin Isa al-Gazali, Umar Khayyam. Jika seseorang mengatakan pada anda bahawa pada abad pertengahan sama sekali beku dari kegiatan ilmiah, kutiplah nama- nama ilmuwan di atas. Mereka semua hidup dan berkarya dalam waktu yang amat singkat, dari 750M hingga 1100M.” Read the rest of this entry »

Sep
26

Insan Soleh

Image result for insan soleh

Dalam mengharungi jalan kehidupan dunia ini, orang tua-tua terdahulu mengajar kita agar “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian”, menuntut kita “bersakit-sakit dahulu, agar bersenang kemudian”. Manakala ada pula sesetengah manusia hidupnya senang sepanjang masa sehingga lupa diri.

Al-Quran menjelaskan bahawa kehidupan yang baik adalah apabila kita dapat memelihara iman dan mengisinya dengan amal dan perbuatan salih. Justeru, walaupun seseorang itu hidup sangat sederhana di pondok kecil tetapi dia dapat mempertahankan imannya daripada godaan hidup duniawi, maka Islam menganggap bahawa itu adalah hidup yang baik.

Ada sesetengah manusia asalnya kuat beribadat, siang malam ke masjid, kemudian Allah hendak menduganya lalu memberikannya nikmat yang besar berupa pangkat dan harta atau sebagainya. Read the rest of this entry »

Sep
19

TAKZIAH BUAT KELUARGA DATUK DR. HARON DIN DARI MAJLIS DAKWAH NEGARA

Image result for haron din MAJLIS DAKWAH NEGARA

Majlis Dakwah Negara (MDN) mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai Allah Yarham  Dato’ Dr. Harun Din atas pemergian beliau ke rahmatullah sebentar tadi. Kehilangan seorang individu yang sangat cemerlang dalam kalangan keluarga dan sahabat handai beliau itu meskipun merupakan satu peristiwa yang sangat berat untuk diterima tetapi kesayangan Allah terhadap beliau sebagai seorang ahli keluarga dan sahabat handai yang soleh tentu sekali boleh dijadikan penawar duka dan sandaran yang kuat untuk
menerimanya  dengan penuh rela dan azam yang kuat. Mudah mudahan segala kebajikan yang pernah beliau lakukan ganjaranya boleh dikongsi bersama oleh kaum keluarga di akhirat nanti

Takziah juga ditujukan kepada semua ahli dan penyokong Parti Islam Semalaysia PAS atas kehilangan Mursyidul-Am kedua mereka sesudah kehilangan Mursyidul-Am pertama mereka hanya beberapa tahun yang lepas. Sebagai Murshidul-Am Allah yarham telah memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin spiritual  kepada PAS walau pun tempoh perkhidmatannya boleh disifatkan sebagai pendek. Sejak menjadi Timbalan Mursyidul-Am yang pertama dalam tempoh masa yang cukup lama di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz beliau telah menunjukkan sikap kepimpinan yang sangat mementingkan kesederhanaan dalam berbagai aspek. Read the rest of this entry »

Sep
19

TUAN GURU DR HARON DIN: PERMATA MILIK UMMAH

Image result for haron din

Saat golongan intelektual selesa dengan kehidupan mereka dalam dekad 1970an, beliau telah pun menjadi Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat. Maestro dakwah ini membangunkan jamaah semenjak zaman mudanya, walaupun menjadi tenaga pensyarah di kampus Bangi yang saat itu masih berhutan tebal. Beliau membangunkan jamaah saat, sebahagian besar kelompok kelas menengah masih meragui keupayaan Parti Islam mengurus dan mentadbir negara.

Tokoh sarjana muslim ini bukan sahaja mencanai intelektualnya dengan puluhan buku dan ratusan kerta kerja di menara gading,namun menyumbang kepakarannya untuk masyarakat umum negara ini. Namanya mengharum dalam perubatan Islam, bukan sekadar beliau mengubati masyarakat yang sakit daripada sudut akidah tetapi melahirkan jumlah yang besar pengamal perubatan Islam dengan tertubuhnya Darul Shifa’ di Bangi. Darul Shifa’ juga mempunyai jaringannya diseluruh negara, berbakti pada masyarakat. Read the rest of this entry »

Sep
14

LAPORAN PERHIMPUNAN AGAMAWAN KEBANGSAAN

14257697_658440877666269_547790936527211699_o

1.0           PENGENALAN

Pada 20 Julai 2016, satu perhimpunan yang dinamakan sebagai “Perhimpunan Agamawan Kebangsaan” telah diadakan bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi, Selangor. Ia merupakan satu persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan (MAPIK).

2.0 PENYERTAAN PESERTA

Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri dari kalangan agamawan yang mempunyai pelbagai latarbelakang termasuklah tokoh politik, ahli parlimen, veteran politik, bekas pegawai tinggi pentadbiran, ahli akademik, para ulama, kalangan intelektual, tokoh-tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, aktivis dakwah dan lain-lain orang perseorangan yang mewakili diri masing-masing. Read the rest of this entry »

Sep
13

Cina Muslim Dan Peranannya

13913756_1238622226150680_1219823540497328702_o

Gelombang kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah dibawa oleh pedagang-pedagang Cina Muslim melalui kegiatan perdagangan dan diplomasi. Menjelang abad ketujuh masihi, berlakunya gelombang kedatangan masyarakat Cina Muslim yang menggantikan  sedikit demi sedikit pelaut dan pedagang Cina bukan Muslim. Ini disebabkan wilayah yang diduduki oleh pedagang-pedagang Islam dari Arab adalah terletak di Guangzhou dan Yangzhou. Kedua-dua tempat merupakan kawasan pelabuhan yang dibenarkan oleh pemerintah China untuk berurusan hal perdagangan dengan negara luar sejak 630 masihi. Justeru adalah tidak menghairankan apabila pedagang-pedagang China yang memeluk Islam melakukan kegiatan perdagangan dengan dunia luar.

Beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya Kerajaan Kedah Tua dan Kelantan merupakan tempat persinggahan dalam perdagangan China dan India. Situasi ini telah mengubahkan kawasan sekitar penempatan Lembah Bujang yang berunsurkan Hindu Buddha kepada Islam. Walaupun berlakunya agama Islam dikembangkan dalam kalangan penduduk Melayu tetapi masih minoriti berbanding masyarakat Melayu yang masih menganut agama Hindu dan Buddha. Penguasaan Empayar Srivijaya semakin lemah menjelang kurun kesebelas masihi. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah Tua membebaskan diri apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya sebagai Sultan Mudzafar Shah 1 yang membentuk Kesultanan Kedah pada 1176 masihi. Read the rest of this entry »

Sep
13

LAPORAN PERSIDANGAN MEJA BULAT CINA MUSLIM…. TEMA: PERANAN CINA MUSLIM DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

IMG-20160909-WA0043Tarikh: 11 Ogos 2016

Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat: Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

1.0      PENGENALAN

Pada 11 Ogos 2016, satu Persidangan Meja Bulat berkenaan Cina Muslim telah diadakan di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).[1] Persidangan sehari yang bertemakan ‘Peranan Cina Muslim Dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia’ ini merupakan anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) – Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Contemporary Fiqh Research Unit, Universiti Islam Antarabangsa malaysia (UIAM)

Persidangan ini dianjurkan dengan empat objektif utama seperti berikut: Read the rest of this entry »

Sep
08

LAPORAN PERLAKSANAAN MULTAQA BELIA DAN ILMUAN MUDA

1.0         PENGENALAN

Pada 28 Ogos 2016, satu perhimpunan yang dinamakan sebagai “Multaqa Belia dan Ilmuan Muda” telah diadakan bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi, Selangor. Ia merupakan satu persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM menerusi penyelarasan Kumpulan Kerja Belia dan Ilmuwan Muda, Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU-MDN)  dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Belia, YADIM serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Read the rest of this entry »

Sep
07

GRAND STRATEGY: Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan (kertas kerja ini telah dibentangkan pada 06 september 2016 di Persidangan Pendakwah Kebangsaan )

Image result for prof mohd abu bakar

‘Grand Strategy’ boleh ditakrifkan sebagai perancangan dan pelakuan menyeluruh dan berjangka jauh, dengan bersasaran suatu gubahan hidup yang berimpak, termasuk ke atas persekitarannya, sama ada di peringkat nasional, serantau atau antarabangsa. Selaku pelan operasi menuju suatu konfigurasi hidup berupa “imagined society”, atau “Invisible Nation”, ia bertindak sebagai sebuah konstruk yang menjadi rujukan, atau suatu naratif besar yang menjadi ikutan.

Sebagai perancangan dan pelakuan ia lebih daripada suatu “road map”: penterjemahan atau pelaksanaannya memerlukan penglibatan serta sistem sokongan yang menjadi batu bata dalam penggubahannya. Pelan strategik sebegini tidak boleh diperkasakan tanpa penyertaan faktor-faktor ini secara tersusun dan konsisten.

Keberadaban atau kehadiran penglibat dan penggiat amat crucial dalam pembugaran “grand strategy”. Peranan mereka secara aktif, dan pengiat pro-aktif dan asertif berpotensi besar bagi menjamin kejayaan “grand design” yang menjadi natijah kepada “grand strategy”. Malah dalam situasi ketiadaan “grand strategy” sebagai kerangka dan konteks bertindak, matlamat “grand strategy” masih boleh dicapai SEKIRANYA para penglibat dan penggiat berkelengkapan DNA yang menjuruskan kehidupan mereka kepada sasaran yang sama. Ertinya, cita-cita besar mampu terangkat sehingga membuah gubahan setara dengan objektif “grand strategy” sendiri. Read the rest of this entry »

Page 1 of 14612345...102030...Last »